
Summit Reset Hidup: Bangkit Survive Gaya Nabi ini dilaksanakan bagi memberikan kesedaran dalam kebangkitan kepada masyarakat yang sedang dibelenggu kebimbangan untuk meneruskan hidup ketika penularan wabak Covid 19 sedang berleluasa.
Summit ini dikendalikan oleh bahagian pengurusan Akademi Belajarlah bersama 48 panelis yang terkemuka bagi berkongsi ilmu berkaitan 5 teras iaitu Kepimpinan, Gaya Hidup, Kesihatan, Bisnes & Kewangan dan Berpasangan hingga Berkeluarga. Hasil rakaman video bersama 48 panelis ini dilaksanakan dalam masa sebulan sebelum pelancaran perancangan Summit dilaksanakan pada bulan Julai 2020. Summit ini bermula 6 Julai sehingga 9 Ogos 2020 selama sebulan.
Summit ini boleh diakses selama 10 bulan selepas perlaksaan summit ini pada bulan Julai yang lalu. Seramai 500 lebih peserta yang terdiri daripada pelbagai generasi telah menyertai Summit Reset Hidup: Bangkit Survive Gaya Nabi ini. Antara pemberi ucaptama yang terlibat adalah Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) merupakan Pakar motivasi no. 1 Malaysia, selebriti televisyen dan radio, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin merupakan Doktor perubatan, pakar Islam dan sains, pengarang beberapa buah buku terlaris dalam bidang Islam dan sains, pemudah cara rancangan Halaqah di saluran televisyen TV9dan Dato’ Hussamuddin Yaacob merupakan Pengerusi dan pengasas Kumpulan Karangkraf, pengasas gerakan World Quran Hour, pengerusi lembaga pengarah TV Al-Hijrah dan pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Kelantan.
Antara topik dan panelis yang terlibat adalah:

Kandungan ini sesuai jika mahu mencapai salah satu perkara berikut:
- Membina keluarga yang seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat untuk bangkit dan survive.
- Membangunkan ekonomi Islam bagi membantu ummah mengharungi kesusahan dalam era kini.
- Menjalani kehidupan dengan cara penjagaan kesihatan dan makanan yang membantu meningkatkan produktiviti diri.
- Mendidik bakal pemimpin dengan sifat kepimpinan yang akan memacu ummah di masa akan datang dan mendidik diri menjadi pemimpin yang dihormati.
- Mengubah gaya hidup yang lebih tersusun dan mengikut acuan Al Quran dan Hadis.
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah.”
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah