“KURSUS PEMIMPIN SUPER / TEAM BUILDING”
Program Team building Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) berlangsung daripada 19 hingga 21 Februari 2020 di Bilik Tun Hamzah, Tun Fatiham Riverside Hotel , Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kursus ini dihadiri oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kursus dikendalikan oleh Dr Razali Maarof iaitu Trainer FINE Training Academy Sdn Bhd.
Program Team Building adalah bertujuan bagi membentuk satu budaya kerja yang sihat di kalangan Pengurus, penyelia dan pekerja untuk mencapai produktiviti cemerlang. Bekerja dalam semangat berpasukan adalah tema utama.
Program ini bertujuan membentuk komunikasi yang baik antara Pengurus, penyelia dan pekerja. Pendedahan kepada konsep tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan nadi kepada Team Building. Program ini akan mendedahkan peserta kepada sikap kepimpinan dan membentuk sikap “suka pada kerja”, bertanggungjawab, melahirkan pekerja dan pemimpin yang kreatif, inovatif dan berani mengeluarkan idea bagi mencapai aspirasi organisasi.
GAMBAR PROGRAM
Anda berminat untuk menyertai kursus seperti ini?
Hubungi kami:
FINE Training Academy Sdn Bhd (842439-K)
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: (+6) 03 4149 2560
Fax: (+6) 03 4149 3560