“KURSUS PENGURUSAN PEJABAT : PENGURUSAN FAIL & REKOD”
Kursus Pengurusan Pejabat: Pengurusan Fail Dan Rekod (Kaedah Mengurus Dokumen Dan Rekod Secara Lebih Berkesan), telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Latihan SRT Aeon yang disertai seramai 35 orang pegawai dari seluruh Malaysia pada 11 hingga 12 Mac 2020 di Hotel Tabung Haji. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Haniza Hj Abdul Hamid sebagai penceramah yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program berkaitan etika pengurusan fail, rekod, ISO, SOP dan sebagainya.
Kursus Pengurusan Pejabat: Pengurusan Fail Dan Rekod (Kaedah Mengurus Dokumen Dan Rekod Secara Lebih Berkesan) adalah bertujuan untuk melatih pegawai dan staf berkaitan pengurusan rekod bagi menjamin kelancaran operasi perniagaan seperti mengelakkan kesukaran mengesan maklumat, dokumen hilang, tiada tajuk dokumen dan sebagainya.
OBJEKTIF KURSUS
- Meningkatkan kesedaran amalan pengurusan fail dan rekod yang berkesan
- Menambah baik kemahiran dalam pengendalian rekod yang menjurus kepada kecekapan pentadbiran organisasi.
- Memahami secara mendalam pengurusan rekod secara teori dan praktikal yang akan membolehkan pelaksanaan dan tanggungjawab
- Membangun kemahiran memproses rekod khususnya dalam mengendalikan system di peringkat penyusunan, penyimpanan, penjagaan dan pelupusan rekod
- Mempercepatkan proses mengesan rekod serta dapat memberi maklumat dengan cepat dan tepat.
GAMBAR PROGRAM
Anda berminat untuk menyertai kursus seperti ini?
Hubungi kami:
FINE Training Academy Sdn Bhd (842439-K)
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: (+6) 03 4149 2560
Fax: (+6) 03 4149 3560