5 Warna Tingkatkan Produktiviti

5 Warna Tingkatkan Produktiviti

- in Artikel

Cuba anda fikir, warna apakah yang memberi kesan paling positif kepada diri anda. Warna hijau, biru,kuning, hitam atau putih? Jika anda diminta untuk memilih warna yang sesuai untuk persekitaran pejabat atau rumah anda, warna apakah yang akan menjadi pilihan hati anda? Anda perlu tahu bahawa setiap warna memainkan peranannya yang tersendiri dan turut memberi kesan kepada tingkah laku manusia. Artikel ini akan membincangkan tentang psikologi warna dan kesan beberapa warna kepada tingkah laku manusia.

Bahagian asas warna merujuk kepada warna yang hangat dan sejuk, seperti warna merah spektrum yang dikenali sebagai warna hangat, begitu juga dengan warna merah, jingga dan kuning. Warna hangat merupakan pilihan yang sesuai dan tepat, jika anda mahukan bilik yang memberikan tenaga, keriangan, dan menggalakkan interaksi sosial dalam keluarga anda.

Namun, warna juga turut membangkitkan perasaan marah dan permusuhan jika pemilihan warnanya yang tidak tepat.  Oleh yang demikian, pilihan warna bagi setiap sudut amat penting bagi meningkatkan kecerdasan dan emosi yang positif dapat dibentuk melalui pemilihan warna itu sendiri. Sebagai contoh, orang akan cenderung kurang menghabiskan masa di dalam bilik yang berwarna merah berbanding dengan warna biru. hal ini kerana, warna erah tidak sesuai kerana warnanya garang dan tidak menenangkan seperti warna biru.

Warna biru spektrum dikenali sebagai warna yang sejuk, termasuklah warna ungu dan hijau. Dari sudut psikologi, warna ini dapat mewujudkan suasana yang tenang, aman dan menggalakkan penumpuan individu. Oleh sebab itulah kebanyakan warna sejuk ini menjadi pilihan di sesebuah kawasan , kedai penyelenggaraan dan di kaunter-kaunter awam supaya ia nampak lebih mesra.

Antara warna pilihan untuk anda ialah:

  1. Warna biru

Seseorang itu akan lebih produktif apabila berada di dalam bilik yang bewarna biru. Warna ini akan merangsang pekerja dengan peningkatan prestasi kerja yang bagus. Apa yang menarik adalah pakaian yang bewarna biru disyorkan bagi individu yang akan menghadiri sebarang sesi temuduga, kerana ia melambangkan kesetiaan individu tersebut.

  1. Warna hijau

Hijau melambangkan alam semula jadi dan ia dapat membantu anda untuk membangkitkan mood santai. Warna ini merupakan warna trend untuk berhias pada masa kini. Oleh itu, setiap bilik tabir di mana pelakon sedang menunggu untuk muncul di televisyen atau di atas pentas akan dicat dengan warna hijau, kerana ia menenangkan fikiran dan rasa lebih santai.

  1. Warna putih

Putih amat popular dalam menghias kerana ia adalah cahaya, neutral, dan perlawanan dengan segala-galanya. Kawasan putih kelihatan lebih luas, lebih mencerminkan cahaya dan biasanya memberikan perasaan yang optimis kepada individu. Oleh itu warna putih dan lain-lain warna digunakan oleh individu yang produktif, di bilik yang kecil, kawasan yang sempit seperti di lorong-lorong bangunan. Putih merupakan lambang kebersihan dan kekemasan.

  1. Warna merah

Merah merupakan warna yang paling beremosi,yang akan merangsang denyutan jantung dengan lebih cepat dan juga pernafasan. Merah disyorkan oleh juruhias sebagai warna yang sesuai khususnya dari sudut,  perabot kerana ia akan menarik perhatian.

  1. Warna Kuning

Kuning juga dianggap sebagai warna yang optimis dan meningkatkan tumpuan. Kuning juga salah satu warna yang penting untuk menarik perhatian individu, khususnya bagi sesuatu yang berada dalam jarak jauh, seperti papan tanda di setiap jalan kebanyakannya menggunakan warna kuning untuk tarik perhatian supaya masyarakat lebih berhati-hati dan bersiap sedia kemungkinan yang ada ketika memandu di jalan raya.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *