Gempa Bumi di Sabah

Gempa Bumi di Sabah

- in Isu, Pilihan Editor

Kesabaran dan ketabahan yang amat diperlukan oleh masyarakat Sabah sekarang lantaran ujian diberikan kepada mereka apabila kejadian gempa bumi menimpa mereka. Kejadian yang tidak diduga ini menjadi igauan kepada masyarakat di Sabah. Keprihatinan kita amat diperlukan oleh msayrakat disana, pelbagai bantuan harus disalurkan dengan secepat mungkin.

Pelbagai spekulasi yang timbul dari masyarakat luar yang berkaitan dengan kejadian ini. Ada yang menyatakan ia telah melanggar adat resam nenek moyang di Gunung Kinabalu tersebut apabila ada sebilangan pelancong yang berkelakuan tidak sopan ketika berada di atas puncak gunung  itu. Kelakuan pelancong yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, akhirnya telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana tindakan mereka yang tidak bermoral itu.

Pelbagai kemungkinan yang dilontarkan oleh para pengguna media sosial perkaitan tentang kejadian ini, sehingga bencana menimpa negeri Sabah. Walaupun begitu, kita sebagai masyarakat Malaysia khususnya harus mengambil iktibar dalam kejadian ini. Mencari persoalan tidak akan menyelesaikan masalah, oleh yang demikian binalah penyelesaian yang kukuh dalam menghadapi bencana alam ini.

Kita sebagai masyarakat yang prihatin harus membantu sekadar yang termampu semaksimum yang mungkin. Elakkan menambah-nambah perkara yang tidak sahih, ia akan memburukkan lagi keadaan yang digembar-gembur oleh sesetengah masyarakat yang tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Antara bantuan yang boleh dihulurkan oleh kita, sebagai masyarakat Malaysia secara keseluruhannya ialah :

  1. Doa

Hadiahkan doa kepada mangsa yang terlibat, moga keselamatan bersama mereka, yidak lupa juga kepda masyarakat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

  1. Berhenti Sebar ‘Khabar Angin’

Hentikan sebar cerita yang tidak pasti mengenai kejadian yang menimpa masyarakat disana. Jika keadaan berita tidak benar ini terus berleluasa, secara tidak langsung akan memburukkan lagi keadaan.

  1. Beri Bantuan

Berikan bantuan yang termampu kepada masyarakat yang terjejas dengan bencana yang menimpa mereka. Rakyat Malaysia berganding bahu menghulurkan bantuan seperti barangan asas bagi keluarga yang terjejas gempa.

  1. Derma

Dermakan sejumlah wang ringgit yang termampu untuk disalurkan kepada mereka yang bertanggungjawab, supaya nasib masyarakat yang terjejas gempa terbela.

  1. Kaunseling

Berikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat supaya mereka tidak trauma dan terganggu fikiran mereka mengenangkan kejadian gempa yang tidak dijangka ini menimpa mereka.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *