Jangan Terleka, Anak anda Dalam Bahaya!

Jangan Terleka, Anak anda Dalam Bahaya!

- in Artikel, Pilihan Editor

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes melibatkan kanak-kanak dilaporkan, bukan sahaja kes membuang bayi, malah kes kanak-kanak hilang, kes penderaan seksual, kes bunuh melibatkan kanak-kanak dan sebagainya. Terbaharu, kes tertinggal anak di dalam kereta sendirian dan kereta autolock sendiri.

Detik mencemaskan sebegini, sering terjadi. Mengapa hal ini terjadi dan siapa patut dipersalahkan, tiada yang berani tampil mengaku kesalahan. Sebaliknya, masing-masing mula menuding jari di antara satu sama lain.

Pelbagai peringatan telah dikeluarkan di laman sosial, televisyen, radio dan sebagainya, namun ramai pihak mengambil mudah tentang hal ini. Bagi mereka, iklan-iklan ini langsung tidak bermakna dan tidak memberi kesan kepada mereka, dan hanya terus melihat dan mengabaikan mesej tersebut.

Menerusi video youtube yang bertajuk One Decision (Child Safety Film-Vehicular Heatstroke) ia memaparkan keadaan seorang bayi yang ditinggalkan keseorangan di dalam kereta berkunci dan ibunya pergi ke kedai untuk membeli barangan dapur.

Tahukah anda, dalam masa 15 minit sahaja, kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta akan menderita kesakitan mengalami kerosakan organ dalaman seperti otak dan buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai vehicular heat stroke atau penyakit strok yang berpunca daripada suhu panas kereta. Sekiranya suhu di dalam kereta mencapai 104 darjah celcius, segala organ dalaman itu tidak akan berfungsi dan kanak-kanak tersebut akan pergi buat selamanya. Auta atau fakta, hal ini anda harus ketahui.

Ingat lagi kes kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati suatu ketika dahulu sekitar tahun 2007 bagi kes penderaan seksual melampau. Masihkah anda mahu melihat kejadian sebegitu menimpa anak-anak anda pula?

Seorang artis menerusi laman sosialnya berkongsi video youtube bertajuk KOMAL – A film on Child Abuse Sexual Abuse (CSA) – English yang menyarankan supaya ibu bapa dan guru-guru tadika terutamanya, mempertontonkan video ini kepada kanak-kanak sebagai langkah awal supaya kes lalu tidak berulang lagi.

Dalam hal ini, semua pihak harus bekerjasama. Oleh itu, berhenti menuding jari dan mencipta 1001 alasan kerana bahaya tidak mengenal masa, anda juga mempunyai anak dan bakal mempunyai anak, fikir-fikirkanlah!

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *