Kuasa Senyum Tiga

Kuasa Senyum Tiga

- in Buletin

KUALA TERENGGANU, 22 SEPTEMBER – Inisiatif Unit Latihan Pendidikan dan Lanjutan, Politeknik Kuala Berang dilihat merupakan usaha untuk meningkatkan satu lagi tangga profesionalisme kakitangan industri perhotelan.

Identiti Pasar Payang dan persinggahan populasi penyu, negeri itu juga menyumbang ke arah petumbuhan dan pendapatan sektor pelancongan di Malaysia.

Kursus Perkhidmatan Kaunter dan Komunikasi Pelanggan Cemerlang direka khas untuk menaiktaraf kemahiran dan kompetensi para peserta dalam menjalankan tugas seharian.

14 orang peserta terdiri daripada kakitangan Sumai Hotel & Apartment, Duyong Marina Resort dan The Regency Hotel.

Pihak pengurusan hotel mengambil tanggungjawab besar terhadap pembangunan diir dan skil dalam setiap pekerja di bawah seliaan mereka.

Aktiviti yang menarik ialah Projek Mesra 2050 di mana para peserta dikehendaki berimaginasi dan terus melakar layout lobi hotel pada tahun tersebut dan permainan Super Spontan – Ayat Positif.

Para peserta yang dibahagikan kepada 4 kumpulan memperlihatkan daya imaginasi tersendiri diikuti dengan justifikasi maisng-masing ketika membentangkan di hadapan kelas.

Kursus tersebut melibatkan hanya 30 peratus teori dan praktikal selebihnya dan hal tersebut dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengekalkan kesegaran dan momentum para peserta kursus.

“Kini, saya lebih yakin untuk berhadapan dengan pelanggan hotel yang cerewet”, kongsi Puan Samsidah Samsuddin selepas kursus tamat.

Beliau merupakan kakitangan untuk bahagian meja hadapan Suma Hotel dan Apartment dan merupakan antara peserta yang fokus dan melibatkan diri dalam kursus.

“Kursus ini mencapai 90.54 peratus dan hal tersebut menunjukkan objektif yang kami sasarkan lebih daripada tercapai dan saya amat berpuas hati berurusan dengan FINE Training Academy”, ujar Pegawai Politeknik Hulu Terengganu, Puan Norimah Anuar@ Mohd Tahir.

“Saya akan teliti proposal untuk kursus-kursus lain dalam lingkungan pelancongan untuk menganjurkan lagi program sebegini serta bekerjasama dengan pihak FINE Training Academy.

14485070_1195783217151610_3968823019431477461_n 14440860_1195785540484711_1499009677824875384_n

Related Posts

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *