Kursus Latihan Tingkatkan Prestasi Pekerja

Kursus Latihan Tingkatkan Prestasi Pekerja

- in Artikel HR

Tidak kira jika organisasi anda hanya beroperasi secara kecil-kecilan ataupun secara besar-besaran, apabila anda  melabur untuk kursus yang boleh meningkatkan prestasi pekerja, secara automatik ia akan menyumbang kepada prestasi organisasi anda sendiri sebenarnya. Hal ini kerana, setiap orang memerlukan motivasi dan latihan yang cukup untuk memperbaiki diri prestasi kerja mereka dari masa ke semasa.

Tujuan

Secara konkritnya, tujuan latihan organisasi ini ialah untuk melatih dan mendedahkan pekerja mengenai bagaimana para pekerja boleh meningkatkan prestasi organisasi anda. Pada dasarnya, pekerja yang telah menjalani kursus-kursus yang bagus akan membantu mencapai matlamat organisasi dalam masa yang lebih singkat berbanding pekerja yang belum menjalani apa-apa kursus. Pekerja yang berpotensi besar boleh mendapatkan pengalaman berkomunikasi dengan baik bersama pelanggan jika mereka dilatih cara berkomunikasi yang berkesan dengan pelanggan.

Kelebihan

Pelaburan organisasi anda untuk menghantar pekerja anda ke kursus amat penting bagi para pekerja, kerana mereka harus memperbaiki prestasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan mengikuti kursus yang berkaitan dengan bahagian mereka dalam organisasi. Pekerja anda akan berasa dihargai dan akan lebih komited dengan kerja mereka untuk meningkatkan prestasi organisasi anda. Kemudian, apabila pekerja anda berasa sangat dihargai, mereka akan sanggup bekerja dengan lebih masa dan bekerja dengan lebih kuat untuk memajukan organisasi anda.

Jenis Latihan

Jenis-jenis latihan juga boleh mempengaruhi pekerja menggunakan apa yang  telah mereka dapat daripada kursus yang diberi. Antara contoh-contoh kursus yang biasa diberi untuk pekerja :

  • Kursus online
  • Kursus Hands-on
  • Kursus Formal

 

Oleh kerana setiap pekerja belajar pada kadar yang berbeza, dan dengan cara yang berbeza, jadi kursus yang berbeza juga diperlukan. Jika mereka berasa tidak sesuai dengan kursus yang diberikan, masih ada pilihan lain yang boleh diberi kepada mereka yang mengikut perkembangan semasa. Oleh yang demikian, latihan atau kursus yang sesuai oleh para pekerja amat diperlukan bagi menjaga kestabilan sesebuah organisasi. Segala keputusan di tangan anda, sanggupkah anda melihat organisasi terus menurun prestasinya, ataupun melihat organisasi anda cemerlang dari masa ke semasa.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *