Mak Ayah Jangan Bunuh Kami

Mak Ayah Jangan Bunuh Kami

- in Artikel

Anak-anak memerlukan jantung untuk terus hidup di dunia ini untuk menikmati kehidupan mereka. Bermain, belajar, meneroka benda baru merupakan rutin pembelajaran harian mereka untuk terus membesar menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan. Setiap minit dan saat degupan jantung mereka amat bermakna untuk kita sebagai seorang ibu mahupun ayah yang sangat mengasihi dan menyayangi anak-anak. Adakah sudah cukup bagus kita sebagai ibu dan bapa dalam proses tumbesaran mereka, fikirkan sejenak.

Kami sudah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kami. Kami berikan mereka kehidupan yang selesa. Cukup segala keperluan pakaian dan tempat tidur yang selesa. Kami hadiahkan barang permainan yang cukup untuk mereka . Kami berikan  pendidikan yang sempurna kepada mereka dengan mendaftarkan mereka di sekolah-selokah elit dan bagus. Kami berikan apa sahaja yang paling terbaik untuk anak kami. Inilah luahan kata-kata kebanyakan ibu bapa apabila mereka diajukan persoalan mengenai apa yang telah mereka lakukan demi kebaikan anak mereka.

Jawapan klise yang sering kita dengar bukan. Adakah dengan segala kesenangan dan perbuatan diatas membantu anak-anak mereka untuk terus berjaya dan menjadi orang yang kuat, bijak pandai jika anda sendiri yang memusnahkan atau lebih kejam lagi membunuh anak-anak mereka sendiri secara senyap. Kebanyakan ayah dengan selamba merokok dihadapan anak sambil menunggu ibu pulang dari kerja di tempat awam, walaupun notis kawasan awam dilarang merokok telah ditampal.

Membunuh mungkin agak kejam bukan? Namun itulah gambaran yang sebenar para bapa dan ibu yang merokok dihaddapan anak-anak tanpa memikirkan kesannya kepada kesihatan anak-anak anda, malah ia turut memberi kesan yang buruk kepada orang di sekeliling anda. Wahai si perokok tegar, adaah sudah hilang rasa belas kasihan dan tanggungjawab kepada orang di sekeliling anda. Adakah dengan merokok di hadapan orang ramai yang lalu lalang itu gah, macho dan segak? Tidak sama sekali, malahan ia menunjukkan anda merupakan seorang ‘kaki rokok’ yang hilang sikap bertanggungjawab kepada masyarakat.

Kajian menunjukkan individu yang menghidu asap rokok lebih berisiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan si perokok itu sendiri. Inilah fakta yang anda wajib setkan dalam minda anda supaya jangan lepas tangan merokok di tempat awam tanpa rasa bertanggunjawab di tempat awam khususnya kanak-kanak.  Jika anda mahu merokok beberapa batang sekalipun silakan sahaja, tetapi jangan melibatkan yang tidak merokok turut menjadi mangsa kerakusan perokok seperti anda.

Statistik menunjukkan jumlah kematian global akibat merokok pada tahun 2004 ialah sebanyak 59 juta orang. Di Malaysia jumlah perokok  setiap hari semakin meningkat tidak kira dari umur remaja sehingga dewasa. Setiap perokok di Malaysia secara purata kurang lebih telah membelanjakan sebanyak RM4,000 setahun. RM 3,960 ringgit setahun dengan membeli rokok dan sebanyak RM 40 ringgit setahun kerana membeli pemetik api. Secara keseluruhan perokok di Malaysia membelanjakan kurang lebih sebanyak RM20 Billion setahun demi rokok.

Jika ditolak tambah perbelanjaan yang hangus semata-mata kerana rokok adalah sangat banyak. Perbelanjaan ini jika disimpan pastinya anda akan dapat mengerjakan haji dan umrah sebenarnya bagi mereka yang beragama Islam, dan bagi penganut agama lain semestinya duit yang dikumpul akan dapat digunakan membeli barangan mewah dan sebagainya. Oleh itu, berhenti merokok, kerana anda bukan sahaja membahayakan diri anda, malahan orang tersayang anda turut mendapat tempiasnya. Sayangi anak-anak dan keluarga anda.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *