Masa Singkat, Minda Tertekan

Masa Singkat, Minda Tertekan

- in Buletin

KUALA KRAI, 25 OGOS – Semua peserta yang terdiri dalam kalangan pekebun kecil, pelajar dan usahawan melalui sebuah lonjakan produktiviti dan kualiti apabila berkampung selama 4 hari 3 malam di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), di sini.

29 peserta daripada Zon Timur Malaysia (Terengganu dan Kelantan) mempunyai jangkaan dan harapan sebelum kursus dimulakan.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited dalam membangun modal insan bermutu selari dengan visi mereka iaitu menjadi agensi peneraju kemajuan pekebun kecil.

Kursus Pengurusan Masa dan Stress dibawa khas untuk 29 para peserta dengan kerjasama pembekal latihan korporat, FINE Training Academy Sdn Bhd yang berpusat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Membawakan 9 slot secara total, jurulatih program Tuan Shariffudin Sahedan berkata, “Saya mendapati para peserta tenang dan ceria serta tidak sabar untuk melalui rintangan dan cabaran dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Pengetua IKPK Kuala Krai, Puan Hazreeyanti pula berkongsi bahawa objektif pihaknya tercapai apabila para peserta dapat mengaplikasikan semua yang dipelajari dan perubahan tersebut dapat dilihat di akhir program.

“Kursus ini dijalankan dengan sangat efektif kerana ada kombinasi aktiviti dalam dan luar kelas”, ujar beliau lagi.
Peserta kursus, Tuan Wan Abdul Rahman berkata, “Dua perkara yang bagus daripada program ini adalah saya kini tahu bagaimana untuk mengatasi masalah mendatang dan mengisi masa dengan baik.

Antara slot yang menarik ialah Scavenger Hunt yang dijalankan pada hari ketiga kursus kerana slot ini merupakan bukti bahawa kesemua 29 orang peserta memahami apa yang dipelajari iaitu menguruskan masa dan stress dalam masa yang sama.

Kebanyakan peserta menyukai slot ini kerana aktiviti di luar kelas dan dalam masa yang sama mereka juga dapat mengetahui selok belok tempat mereka berkampung kerana jawapan ada di sekitar IKPK.

14095942_1170205736376025_6439982985438581645_n

14102160_1170205366376062_4777219488304300926_n

14079891_1170215026375096_8915260905429541405_n

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *