Nilai Sebuah Ijazah

Nilai Sebuah Ijazah

- in Buletin

GOMBAK, 23 September – Rata-rata graduan di negara ini menyatakan kesukaran mereka untuk mendapat
pekerjaan selari dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti sebelumnya akibat kegawatan ekonomi.

Kebolehpasaran graduan harus dipertingkat kerana setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab untuk dilunaskan seperti bayaran balik pinjaman tabung pendidikan dan membalas jasa ibu bapa.

Sejajar dengan hal tersebut, pihak pengurusan Student Learning Enhancement Unit (SLEU), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus LEAP Power di sini. Selepas Siri 1 pada 19 Februari lalu, pihak SLEU sekali lagi memberi kepercayaan kepada Ketua Jurulatih FINE Training
Academy, Tuan Hanis Jenalis untuk proses siap siaga minda para mahasiswa institusi pendidikan tersebut.

“Selepas program ini, saya tahu kaedah bagaimana untuk mencapai sasaran dan matlamat yang saya tetapkan”, kongsi mahasiswa daripada Kuliah Economics and Management Sciences, Cikpuan Nur Iffah Nuril Anuar kepada fasilitator kursus.

Penyelaras Program, Tuan Abdul Razak Ricardo menyatakan bahawa objektif dicapai seperti apa yang dirancang
kerana jurulatih mengikut tentatif yang disediakan sambil menyifatkan FINE Training Academy merupakan pembekal latihan yang semakin berkembang pesat.

Tuan Hanis Jenalis berkata, “Enam modul yang dibangunkan bakal membantu para pelajar untuk menjadi survivor di universiti dan saya fokus untuk mereka belajar situasi pasaran kerjaya sekarang”.

Antara modul yang terlibat ialah Big Dream, Reputasi Sistem, Analisi SWOT dan lain-lain dan telah melibatkan kira-kira 60 orang para pelajar baharu di UIAM.

14433013_1197573936972538_3885448665062800984_n

14449759_1197574750305790_227326210443904001_n

14494809_1197573160305949_524598624433109292_n

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *