Pakai Topi Edward de Bono Elak Boring

Pakai Topi Edward de Bono Elak Boring

- in Buletin

Genting Highland, 12 Ogos – Hitam, biru, merah, putih, kuning dan hijau tidak lagi menjadi sembarangan warna
yang didesain di papan tanda, iklan televisyen, kotak minuman, bendera, baju, kereta dan sebagainya apabila sudah menghadiri Kursus Penulisan Teks Ucapan Berpengaruh di sini.

Suhu yang dirasai pada kadar 24.3 Darjah Celcius menambahkan lagi kenyamanan hati yang menjadi punca nyala rasa setiap peserta kursus tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kursus yang meletakkan pengucapan awam dan penulisan sebagai satu sinergi dilihat berjaya menarik hati dan perhatian daripada semua peserta terlibat.

Penyelaras Program daripada KKLW, Tuan Rashid berkata, beliau menjangkakan kursus kali ini penuh persamaan dengan kursus-kursus lalu yang telah dianjurkan namun jangkaan itu meleset apabila kursus kali ini penuh dengan pengisian dan kandungan modul yang tidak membosankan.

“Kini, saya mempunyai garis panduan dalam menghasilkan teks ucapan dan kalau boleh saya mahukan kursus ini dilaksanakan secara bersiri”, kongsi Shuhaila Hamzah apabila ditanyakan respon beliau selepas kursus.

“Teknik 6 topi pemikiran membantu saya dalam mendraf teks ucapan dan saya lebih yakin untuk menghasilkan teks yang berkualiti dan bermutu”, ujar Sharifah Ratina Syed Abdul Rahman yang juga berhasrat untuk mempelajari teknik penyediaan teks ucapan dalam Bahasa Inggeris jika diberi peluang.

Seiring dengan hal itu, gabungan jurulatih Tuan Zamri Mohamad dan Puan Farah Lina Abd Rahim mantap dalam subjek kendalian masing-masing kerana buat pertama kali mereka membentangkan modul terbaru buat organisasi membandarkan luar bandar ini.

Kursus tersebut diadakan selama tiga hari dua malam bermula 10 Ogos sehingga 12 Ogos bertempat di Hotel Awana, Genting Highland dan disertai kira-kira 20 orang peserta yang dipilih dalam kalangan kakitangan anak syarikat KKLW seperti RISDA, MARA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR, KEDA, KEMASA dan sebagainya.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *