Setiausaha Perkasa Potensi Diri

Setiausaha Perkasa Potensi Diri

- in Buletin

Gambang, 29 Julai – “Lebihkan masa dan hari program”, itulah yang boleh diungkapkan oleh para peserta Kursus Setiausaha Super anjuran Kelab Setiausaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama pembekal
latihan korporat, FINE Training Academy Sdn Bhd.

Kursus yang diadakan selama dua hari bermula 29 Julai tersebut menghimpunkan para setiausaha TNB daripada seluruh Malaysia bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkasa potensi dan jati diri setiausaha cemerlang dalam menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan organisasi syarikat pembekal elektrik perdana di Malaysia.

Kursus ini memperlihatkan keseimbangan pendekatan di dalam dan di luar kelas dalam modul yang dibentangkan oleh dua orang jurulatih bertauliah.
“Saya teruja dengan maklumbalas para setiausaha yang sangat positif dan saya yakin aktiviti Scavenger Hunt meninggalkan keseronokan kepada mereka”, ujar Hanis Jenalis yang merupakan salah seorang daripada jurulatih dalam kursus tersebut.

Mengambil kira pendapat peserta, Cikpuan Nik Mastura daripada Jabatan Pembangunan Aset, TNB, beliau menyangkal sangkaan awal bahawa kursus yang dianjurkan akan menyamai konsep kursus-kursus pembekal latihan lain dan tentu membosankan.

“Kursus kali ini berbeza kerana ia melibatkan aktiviti di dalam dan di luar kelas”, kata beliau.

“Saya ingat kursus dua hari memang membosankan. Tapi di akhirnya saya rasa masa berjalan dengan sangat pantas
dan saya tidak puas lagi”, kata Cikpuan Shuhada daripada Jabatan Perkhidmatan Pengguna.

Kursus Setiausaha Super dilangsungkan bersempena program Role of Secretary Towards Current Development & Challenge Faced by TNB dalam usaha untuk membuka tiga kekunci utama iaitu ‘Unlock People Value’, ‘Unlock Customer Value’ dan ‘Unlock Financial Value’.

ioi

ioo

13882401_1149445358452063_2985104921101269212_n

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *