Bagaimana menangani stres di tempat kerja

Bagaimana menangani stres di tempat kerja

- in Artikel, Pilihan Editor

Kita sering menghadapi stres di tempat kerja, stres ini berpunca dari persekitaran kita yang menjadi tekanan sehingga menyebabkan stres. Pernahkah kita menghadapi perangai pelik sama ada dari bos kita atau rakan sekerja? Kadang sikap yang ingin terlalu cepat dalam melakukan kerja juga menyebabkan tekanan stres, pantang silap sikit, mulalah nak bising. Ada juga bos yang baik tetapi pekerja pula buat perangai.

Sebenarnya berbalik pada diri kita sendiri bagaimana kita menangani stres yang kita hadapi, tekanan dari persekitaran, rakan sekerja dan tekanan dari pihak atasan. Dalam artikel ini, akan mengupas bagaimana menangani stres berkesan di tempat kerja.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah Kawal emosi. Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.

Kedua adalah sentiasa menjadi seorang yang Positif. Memang mudah untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikanlah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

Seterusnya ialah, Ambil masa anda. Ambil ruang untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan sekerja. Ketika kita menghadapi tekanan stres, keluarga adalah tempat yang sesuai tempat kita meluahkan masalah kita hadapi. Selain itu, kita juga dapat meluangkan masa bersama seperti makan malam, riadah dan sebagainya. Dengan masa bersama keluarga, masalah yang kita hadapi berkurangan dan keceriaan dalam kehidupan kita.

Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah stress atau tekanan, namun pastikan ia adalah cara yang baik dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Fine Trining Academy menyediakan program Pengurusan Stress Urusan Ketenangan Hati. Dalam bengkel ini, para peserta akan didedahkan dengan teknik relaksasi mudah dan praktikal malah menyeronokkan bagi menangani stres di pejabat atau dirumah.

Hubungi kami di 03-41492560. Layari laman sesawang kami di www.fineacademy.com.my ataupun laman Facebook kami di FINE Training Academy dan tinggalkan mesej anda.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *