Tuesday, February 19, 2019
No Result
View All Result
BinaInsan.com
  • Laman Utama
  • Kategori Artikel
    • Artikel
    • Sumber Manusia
    • Pilihan Editor
    • Berita FINE
    • Isu Semasa
    • Penulisan
    • HalaTuju dan kerjaya
    • Team Building
    • Pembentangan Berkesan
    • Kreativiti dan inovasi
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami
  • Laman Utama
  • Kategori Artikel
    • Artikel
    • Sumber Manusia
    • Pilihan Editor
    • Berita FINE
    • Isu Semasa
    • Penulisan
    • HalaTuju dan kerjaya
    • Team Building
    • Pembentangan Berkesan
    • Kreativiti dan inovasi
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
BinaInsan.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Teknik Berkomunikasi Bahagian 2

Sidang Redaksi Bina Insan by Sidang Redaksi Bina Insan
May 19, 2015
in Artikel
0
0
SHARES
50
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan  dan ayat yang mudah untuk difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan. Oleh yang demikian, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami, dan adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Sesiapa yang memberi ceramah perniagaan internet, terdapat pelbagai bahasa Internet yang asing yang akan digunakan. Seringkali penceramah tidak sepatutnya menggunakan bahasa-bahasa teknikal kerana pasti ada audien yaham dan tang tidak f ada yang tidak faham. Oleh itu, saya perlu permudahkan apa yang ingin disampaikan supaya iaidak tahu tentang penggunaan ayat tersebut.

Contohnya, “Untuk menjalankan perniagaan Internet anda perlu membayar web hosting setiap tahun”. Seeloknya ia digantikan dengan “Untuk menjalankan perniagaan internet, anda perlu membayar sewa seperti sewa kedai di luar sana. Sewa kedai di internet akan di bayar setahun sekali dan dikenali sebagai web hosting”. Mudah bukan?

Apabila berkomunikasi kepada audien yang besar, sebaiknya ringkaskan apa yang hendak diperkatakan. Padatkan nya isi-isi penyampaian dan elakkan menyampaikan perkara yang kurang penting ketika berkomunikasi dengan audien yang ramai. Berikan isi penting sahaja kepada audien, asalakan apa yang disampaikan dapat diterima  oleh pendengar. Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita sampaikan hanya 20% sahaja yang difahami.

Contoh terbaik jutawan Steve Jobs. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan ataupun ceramah ringkas yang berkesan kepada audien mengenai produk terbarunya. Dalam perniagaan, komunikasi merupakan asas penting kepada kejayaan sesebuah perniagaan tersebut.

Namun, bagaimana pula dengan komunikasi bukan lisan?

Di Malaysia, bersalam merupakan komunikasi bukan lisan yang biasa dilihat. Namun berlainan pula di Jepun, menundukkan kepala merupakan tanda perkenalan dan hormat. Sesetengah negara lain seperti Perancis, ciuman menjadi lumrah manakala sesetengah negara contohnya di negara Timur Tengah, bersalam di antara mereka yang berlainan jantina merupakan satu kesalahan. Walau bagaimanapun, bersalam atau berjabat tangan merupakan salah satu cara perkenalan yang diterima pakai oleh sebahagian besar negara di dunia, terutamanya dalam arena perniagaan.

Komunikasi ini harus dilakukan dalam beberapa keadaan tertentu seperti:

  • Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.

  • Ketika bertemu orang untuk pertama kali.

  • Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.

  • Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.

  • Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.

  • Ketika mengakhiri suatu acara atau meninggalkan acara sosial.

Bersalam merupakan komunikasi ‘non-verbal’ yang banyak menceritakan sesuatu tentang seseorang, adakah seseorang itu bersikap terbuka, yakin, ramah, tidak boleh dipercayai dan sebagainya.

Bagaimana untuk mengetahuinya?

#1 – Genggaman Terlalu Kuat

Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai. Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.

#2 – Genggaman yang Lemah

Genggaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.Kerana genggaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.

#3 – Genggaman Ganjil

Berhati-hati juga dengan genggaman tangan yang ‘ganjil’. Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.

#4 – Genggaman Kukuh

Terakhir ialah genggaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda yang mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain. Inilah genggaman yang paling bagus dan mereka yang bersalam dengan cara ini mempunyai personaliti yang mengagumkan.

Post Views: 84
Tags: komunikasi
ShareTweetPin
Previous Post

Tips Pengurusan Masa yang Produktif Bahagian 2

Next Post

3 Peranan Pengurusan Sumber Manusia

Related Posts

Mengenali Tingkah Laku, Tabiat dan Potensi Pekerja Cara Mudah dan Menjimatkan
Artikel

Mengenali Tingkah Laku, Tabiat dan Potensi Pekerja Cara Mudah dan Menjimatkan

February 12, 2018
Apa itu Kajian Personaliti D.I.S.C?
Artikel

Apa itu Kajian Personaliti D.I.S.C?

August 7, 2017
Genggam Emosi, Tawan Hati, Tunduk Beli
Artikel

Genggam Emosi, Tawan Hati, Tunduk Beli

November 8, 2016
Elakkan Membazir Semasa Membazar
Artikel

Elakkan Membazir Semasa Membazar

June 23, 2015
puasa, cergas, pejabat, tidur
Artikel

Tips Kekal Cergas di Pejabat pada Bulan Ramadhan

June 22, 2015
“Malim Gunung Wira Kita”
Artikel

“Malim Gunung Wira Kita”

June 12, 2015
Next Post
3 Peranan Pengurusan Sumber Manusia

3 Peranan Pengurusan Sumber Manusia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

No Result
View All Result

Bacaan Paling Popular

  • 3 Peranan Pengurusan Sumber Manusia

    3 Peranan Pengurusan Sumber Manusia

    7 shares
    Share 7 Tweet 0
  • Tip Tangani Pekerja Bermasalah

    15 shares
    Share 15 Tweet 0
  • 5 Strategi Memupuk Kreativiti dan Inovasi Organisasi

    1 shares
    Share 1 Tweet 0
  • 6 tip utama kerja berpasukan

    23 shares
    Share 23 Tweet 0
  • Kursus Latihan Tingkatkan Prestasi Pekerja

    1 shares
    Share 1 Tweet 0
BinaInsan.com

Bina Insan 2018 ©

Laman

  • Laman Utama
  • Kategori Artikel
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Ikuti Kami

No Result
View All Result

Bina Insan 2018 ©

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In