Terapi 5 Minit Bahagian 2

Terapi 5 Minit Bahagian 2

- in Artikel

Tip 3: Budaya Membaca Amalan Mulia

Lain orang, lain caranya. Bagi mereka yang penat seharian menghadap komputer, mungkin mereka mahukan kelainan semasa merehatkan minda, di samping ambil mood untuk bekerja semula. Admin sarankan, bacalah buku! Kenapa buku, sebab buku itu jambatan ilmu. Buku, tidak semestinya buku ilmiah sahaja. Untuk mencari mood, buku seperti komik Ujang, Gila-gila, Apo, Lawak Kampus dan sebagainya, elok dijadikan bahan bacaan. Apabila berada dalam situasi tekanan, bacaan ringan dan santai sangat sesuai.

Tip 4: Main permainan online/offline

Mahu rehat lebih santai, jom kita main permainan dulu. Bagi admin, admin hanya tahu main Farm Heroes Saga. Anda bagaimana, mungkin Clash of Clans (COC) peneman anda? Dota pun boleh tapi tidak bersesuaian semasa bekerja. Tidak kisahlah apa sahaja jenis permainan anda, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan tekanan, main sahaja tetapi ingat, pastikan kerja anda disambung semula.

Tip 5: Bercuti dan hayati alam semulajadi

Tip terakhir ialah tip kritikal, apabila tekanan tak lagi dapat dikawal. Admin sarankan supaya anda curi masa sendiri. Bagi ruang untuk diri sendiri. Ambil cuti 3 ke 5 hari, pergilah ke mana tempat yang mampu tenangkan jiwa dan mampu kosongkan minda daripada memikirkan bebanan kerja yang tidak pernah habis di pejabat. Kalau boleh, carilah tempat alam semulajadi seperti pantai, hutan, laut dan sebagainya. Lari dari persekitaran yang sedia ada seperti bangunan, kereta dan sebagainya.Lakukan perubahan dengan memilih kehijauan alam dan kebiruan laut. In shaa Allah, ia membantu anda. Selamat mencuba!

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *