Tip “Layan Bos Besar”

Tip “Layan Bos Besar”

- in Artikel, Pilihan Editor

Cabaran dalam menghadapi karenah bos besar di setiap sektor pekerjaan merupakan satu lumrah yang harus dihadapi oleh semua pekerja.  Para pekerja yang terbiasa dengan situasi ini  tidak akan berasa tertekan, kerana mereka sudah lali dan tahu bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut.

Kebanyakan para pekerja yang kurang berinteraksi dengan bos besar mereka akan lebih tertekan, kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapi segala kritikan pembaikan yang dihamburkan oleh bos mereka, dan akhirnya pekerja tersebut akan menyerah diri dengan membuat keputusan untuk berhenti kerja. Oleh yang demikian, disediakan beberapa tip kepada para pekerja di luar sana khususnya bagi mereka yang baharu bekerja.

Tip 1 : Sesuaikan Diri

Teknik menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dapat mengelakkan anda mendapat tekanan ketika bekerja, kerana tekanan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan anda untuk meneruskan kerja yang telah diberi.

Tip 2 : Tenang

Ketenangan amat penting dalam menghadapi apa-apa situasi sekalipun. Lebih-lebih lagi apabila anda berada dalam keadaan kelam kabut untuk mengejar deadline yang ditetapkan oleh bos. Apabila anda dalam keadaan tenang, anda dapat bahagikan masa dengan betul untuk menyiapkan satu-satu kerja mengikut masa yang ditetapkan.

Tip 3: Senaman

Mungkin anda rasa ia tidak munasabah, namun ini merupakan satu teknik masyarakat luar  negara gunakan ketika menghadapi tekanan akibat orang atasan, yang sentiasa menuding kesalahan kepada orang bawahan mereka. Tahukah anda dengan bersenam, segala rasa marah dan rasa tidak puas hati akan hilang kerana otak akan memaksa kita berhenti berfikir tentang gangguan dan tekanan yang dihadapi sebelum ini, malahan senaman ini dapat membakar kalori dan mengaktifkan minda untuk mendapatkan idea-idea baharu. Anda boleh amalkan larian setempat dan stretching mengikut kesesuaian tempat kerja anda.

Tip 4 : Teknik Komunikasi

Teknik berkomunikasi amat penting  dalam sesebuah organisasi, supaya salah faham dapat dielakkan terutamanya antara bos dengan pekerja. Pekerja yang baik akan menggunakan kadar suara yang rendah ketika bercakap dengan bos yang sedang marah atau tertekan. Teknik psikologi ini amat berkesan kepada mereka yang sedang marah, elakkan meninggikan suara kembali kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan baik dengan bos anda.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *