Tip Penulisan: Formula Mencari Idea

Tip Penulisan: Formula Mencari Idea

- in Artikel, Penulisan

Setiap orang mempunyai bakat tersendiri. Bagi yang pandai berkarya, menulis dan mempunyai minda kreatif juga bijak dalam mencipta imaginasi sendiri. Bidang penulisan mungkin menjadi pilihan utama. Ketahuilah, penulisan terbahagi kepada dua jenis, penulisan kreatif atau fiksyen dan penulisan deskriptif atau ilmiah.

Untuk pengetahuan, penulisan kreatif ini lebih kepada cara penulis itu mengolah sendiri cerita dengan penggunaan idea, penceritaan dan imaginasi. Lebih mudah, penulis bebas dalam menghasilkan penulisan. Contoh penulisan kreatif, cereka iaitu cerita rekaan seperti cerpen, novel, drama, puitika dan gambar (motion).

Penulisan deskriptif lebih kepada ilmiah dan akademi iaitu berunsurkan empat bentuk, penjelasan, penghujahan, penceritaan dan penghuraian. Ia lebih bersifat fakta, tidak seperti penulisan kreatif yang bersifat bebas dan terbuka.

Namun, timbul permasalahan dimana jalan cerita sudah bermula tetapi idea tergendala di tengah jalan. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tip yang mungkin dapat membantu anda mencipta idea dan menghidupkan kembali jalan cerita anda.

Tip 1: Gunakan pengalaman sendiri

Setiap orang mempunyai pengalaman hidup sendiri. Pengalaman adalah suatu kenangan berharga yang tidak semua dapat merasainya. Malahan, setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Kenangan zaman kanak-kanak, semasa belajar, semasa remaja dan semasa bekerja, boleh dijadikan platform permulaan untuk menulis.

Pengalaman sendiri lebih dekat dengan diri anda dan secara tidak langsung anda berasa teruja untuk terus menulis dan mengharapkan pengalaman yang dikongsi turut dirasai oleh pembaca anda. Oleh itu, menulis dalam genre bukan fiksyen, anda harus tahu dari mana permulaan dan pengakhiran supaya cerita berdasarkan pengalaman anda itu akan nampak lebih tersusun. Manakala, cerita pengalaman dalam genre fiksyen, perlu mempunyai satu watak yang mewakili diri anda, tetapi jalan cerita asal sahaja dikekalkan bagi meninggalkan impak sebenar.

Tip 2: Gunakan berita sekeliling

Apabila segalanya berada di hujung jari, tiada alasan lagi untuk mengatakan sumber idea tidak mencukupi. Jadikan teknologi maklumat sebagai media bantuan untuk ke pautan berilmu seperti surat khabar, blog, internet dan media sosial. Gunakan berita yang menarik minat anda dan masukkan dalam penulisan.

Tip 3: Membaca karya orang lain

Cerita kita tidak selalunya konsisten. Setiap orang menulis ketika berada di dalam mood yang berbeza. Oleh yang demikian, jangan melatah andai cerita kita tidak digemari pembaca. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula manusia yang mempunyai kecenderungan berbeza. Oleh itu, bagi mengembalikan minat menulis, cuba baca karya orang lain seperti novel atau pergi ke pautan seperti penulisan2u.my untuk dapatkan idea dari cerita yang sedia ada tetapi menyamai cerita anda untuk mencari idea.

Semoga tip ini dapat menyudahkan jalan cerita anda yang tergendala. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi tip berkaitan dengan dunia penulisan, jangan lupa untuk sertai bengkel anjuran Akademi Penulis Sdn. Bhd. Ketahui update terkini berkaitan bengkel-bengkel penulisan di laman Facebook rasmi Akademi Penulis.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *